Jawi Food Bank Santuni Rakan Kristan Yang Memerlukan Menjelang Music Perayaan

On: December 23, 2020

Venue

  • Location : Anjung B, Masjid WP

Event Details

  • Date : 12/23/2020
  • Time : 05:30 PM to 09:30 PM

Sempena musim perayaan dan tahun baru yang bakal tiba, JAWI Food Bank dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan – Rasmi dan Global UNITY Network bersama-sama Christians For Peace & Harmony in Malaysia (CPHM) telah menganjurkan Majlis Agihan Sumbangan JAWI Food Bank sempena Misi Musaadah Covid-19 2.0 bertempat di Anjung B, Masjid Wilayah Persekutuan. 

Majlis penyampaian yang turut dihadiri oleh beberapa orang paderi Kristian itu telah disempurnakam oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi YBrs. Tuan Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan Bro Shah Kirit bin Kakulal Govindji, Presiden Global UNITY Network.

50 orang penerima dari kalangan penganut kristian telah menerima sumbangan barangan keperluan asas bernilai hampir RM120 setiap satu berserta kit keselamatan berupa pelitup muka dan ‘hand sanitizer’ di dalam majlis yang turut disaksikan oleh Mr. Lee Min Choon, Pengerusi CPHM. Semoga bantuan ini dapat menceria dan menggembirakan hati rakan-rakan kristian lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan ini.

“Anda Sumbang, Kami Sampaikan"

Venue

  • Location : Anjung B, Masjid WP

Event Details

  • Date : 12/23/2020
  • Time : 05:30 PM to 09:30 PM